Penulis

Lihat semua
Glenn Packiam

Glenn Packiam

Glenn Packiam ialah Pastor Senior Bersekutu bagi Gereja New Life, di Colorado Springs, Colorada, dan Ketua Pastor bagi gereja New Life Downtown. Dia ialah penulis bagi buku Blessed Broken Given: How Your Story Becomes Sacred in the Hands of Jesus, Discover the Mystery of Faith, Butterfly in Brazil, Lucky: How the Kingdom Comes to Unlikely People, and Secondhand Jesus. Glenn juga salah seorang pengasas dan penggubah lagu bagi kumpulan muzik Desperation Band. Dia telah menggubah lebih daripada 65 lagu pujian dan penyembahan yang diterbitkan oleh Integrity Music, termasuklah lagu “Your Name” (Nama-Mu) dan “My Savior Lives” (Penyelamat Kita hidup). Glenn menerima ijazah kedoktoran dalam bidang Teologi dan Pelayanan dari Universiti Durham, dia juga seorang sarjana pelawat di St John’s College di Durham.

Artikel oleh Glenn Packiam

Bermula dengan Penghujung

Sewaktu kecil, saya sering ditanya soalan ini “Apa yang anda mahu jadi apabila dewasa nanti?” Jawapan saya berubah seperti angin. Doktor. Ahli bomba. Misionari. Pemimpin puji sembah. Ahli fizik—atau sebenarnya, MacGyver! (watak kegemaran TV). Kini, sebagai seorang bapa kepada 4 anak, saya berfikir betapa sukarnya bagi mereka apabila ditanyakan soalan itu. Ada kalanya saya ingin mengatakan, “Saya tahu apa kebolehan kamu!” Ibu bapa kadangkala boleh melihat lebih mendalam berbanding dengan anak-anak mereka sendiri.

Perlindungan Ikan Paus

Seorang ahli biologi marin sedang berenang berhampiran Kepulauan Cook di Lautan Pasifik Selatan. Tiba-tiba seekor ikan paus bonggol seberat lebih kurang 23,000 kg muncul dan menyelipkan wanita itu di bawah siripnya. Wanita itu menyangka hidupnya nyawa-nyawa ikan. Tetapi setelah berenang dengan perlahan-lahan dalam bulatan, ikan paus itu melepaskannya. Ketika itulah dia melihat seekor jerung harimau sedang meninggalkan kawasan tersebut. Dia percaya bahawa ikan paus itu telah melindunginya daripada bahaya. 

Hamba Mendengar

Sekiranya radio kapal Titanic tidak dimatikan, mereka pasti mengetahui bahawa kapal itu sedang tenggelam. Cyril Evans, operator radio dari kapal lain cuba menyampaikan amaran kepada Jack Phillips, iaitu operator radio kapal Titanic bahawa kapal mereka amat dekat dengan kawasan aisberg. Tetapi Phillips sibuk menyalurkan pesanan kepada penumpang-penumpangnya, dan dengan kasar menyuruh Evans untuk diam. Lalu Evans mematikan radionya dengan berat hati dan pergi tidur. 10 minit kemudian, kapal Titanic melanggar aisberg. Panggilan kecemasan mereka tidak terbalas kerana tiada sesiapa yang mendengarnya.

Pekerjaan Besar

Seorang pegawai keselamatan menemukan dan menanggalkan sekeping pelekat yang menghalang pintu bangunan itu tertutup. Kemudian, apabila dia memeriksa pintu itu lagi, dia mendapati pelekat baru pada pintu itu dan melaporkan kejadian kepada polis. Akhirnya, polis menahan 5 pencuri yang mencerobohi bangunan tersebut. 

Memelihara Dunia Tuhan 

“Ayah, mengapa ayah perlu pergi bekerja?” Anak perempuan saya yang masih kecil menanyakan soalan ini kerana dia ingin bermain dengan saya. Saya lebih suka menghabiskan waktu dengan anak saya daripada bekerja, tetapi saya perlu melengkapkan senarai tugas yang panjang di pejabat. Bagaimanapun, persoalannya itu sangat baik. Mengapakah kita bekerja? Adakah ia semata-mata untuk menyara diri sendiri dan orang yang kita sayangi? Bagaimanakah pula dengan pekerjaan yang tidak diberi upah—Mengapakah kita melakukannya?

Sukacita yang Bernilai

Apabila kami mendengar bunyi melodi digital dimainkan, keenam-enam kami akan bertindak. Ada yang terus pasang kasut, yang lain akan lari ke pintu depan dengan berkaki ayam. Dalam beberapa saat kesemua kami bergegas ke jalan untuk mengejar motosikal penjual aiskrim. Ia merupakan hari pertama musim panas, dan tiada cara yang lebih baik untuk merayakannya selain makan aiskrim yang begitu sejuk dan manis! Kadangkala kita melakukan beberapa hal hanya disebabkan oleh sukacita yang dibawanya, bukan kerana peraturan atau kewajipan.

Tanggapan Diri yang Salah 

Pemuda itu menjadi ketua pasukan. Pasukan sukan profesional ini sekarang diketuai oleh seorang pemuda yang bersifat lembut dan mentah. Sidang akhbarnya yang pertama amat mengecewakan. Dia asyik menurut jurulatihnya dan teman sepasukannya, serta bergumam bahawa dia hanya cuba melakukan tugasnya sendiri. Pasukan tersebut tidak mempunyai prestasi yang baik pada musim itu, akhirnya ketua pasukan yang muda itu diganti. Dia tidak memahami bahawa dia telah dipercayakan dengan kuasa untuk memimpin, atau dia mungkin tidak pernah percaya bahawa dia dapat memimpin. 

Akibat Pilihan

Tanpa talian telefon dan peta, kami meredah hutan hanya berdasarkan memori yang kita lihat dari papan peta semasa permulaan trek. Selepas lebih daripada satu jam, akhirnya kami keluar dari hutan dan sampai ke tempat letak kereta. Oleh sebab kami telah terlepas simpang yang betul, akibatnya kami terpaksa melalui jalan sepanjang 1 km yang lebih jauh. 

Diremukkan untuk Dikongsikan

Kami berjumpa pada setiap Khamis setelah dia kehilangan isterinya dalam satu kemalangan jalan raya. Kadangkala dia datang dengan persoalan yang tiada jawapan; ada kalanya dia menceritakan kenangan tentang isterinya. Setelah beberapa waktu berlalu, dia menerima hakikat bahawa kemalangan itu merupakan akibat daripada kerosakan di dunia kita, namun Tuhan tetap bekerja di tengah-tengahnya. Beberapa tahun kemudian, dia mengajar mengenai kesedihan dan cara untuk menghadapi ratapan dengan baik di gereja kami. Tidak lama kemudian, dia menjadi pembimbing bagi orang yang mengalami kehilangan. Kadangkala ketika kita merasakan seolah-olah tiada apa pun yang cukup untuk diberikan, Tuhan mengambil “kekurangan” kita itu dan menjadikannya “lebih daripada mencukupi.”